// I'm an exotic //
Cara Menjadi Anak Yang Soleh & Solehah

Monday 2 September 2013 @ 17:22 | 2 Comment [s]


Assalamualaikum

Hari ini Ain ingin berkongsi sedikit tips untuk menjadi anak yang soleh & solehah . Ain hanya dapat kongsi sedikit tips untuk peringatan diri saya dah sahabat handai . Moga kita tergolong dalam kalangan anak yang soleh & solehah . Let's start !


1.Sentiasa bermanis muka apabila bercakap dengan ibu bapa .
2.Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah .
3.Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita lakukan di rumah tanpa disuruh oleh ibu bapa .
4.Jangan merungut atau membantah segala arahan atau suruhan ibu bapa .
5.Sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk kedua ibu apa kita terutama sekali selepas solat    fardhu .
6.Amalkan budaya salam dan mecium kedua-dua tangan ibu bapa kita sewaktu hendak keluar mahupun          masuk ke rumah .
7.Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita melakukan satu kesilapan atau kesalahan .
8.Tunduk dah bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu-bapa .
9.Becakap dengan lemah lembut , tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu    bapa .
10.Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak          perlu ataupun tidak bemunasabah .
11.Sentiasa redha , bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada        ibu bapa .
12.Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadi            istimewa kita untuk ibu bapa tersayang .
13.Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun      kita yang bersalah .
14.Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat        daripada ibu bapa kita .
15.Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan perkataan ,            perbuatan mahupun sikap kita .
16.Sentiasa patuh kepada Allah S.W.T. dengan tidak meninggalkan solat kerana anak yang soleh juga                merupakan anak yang taat kepada perintah Allah S.W.T .


Sekian sudah coretan kali ini . Moga berjumpa lagi pada masa yang akan datang ! Assalamualaikum :)

Via :Wadah Ilmu


Cuti Sekolah Akan Berakhir .

Thursday 6 June 2013 @ 14:52 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum                                                                                                         


Haiii korang ! Bhaha , rasa excited gila nak menaip . Hihi , mungkin korang perasan , dah lama Ain tak update post kan ? Bosan tengok blog ini setiap hari post yang sama je . Ain pon dah naik muak dah . Tak lama lagi cuti sekolah akan berakhir . Mmmmm , rasa macam sekejap je . Lagi __ 3 hari je lagi . Ohh , tidakk ! Kalau ada peluang nak kembalikan balik masa lalu , mesti BEST ! Bagi murid sekolah , sebelum bermulanya cuti sekolah , mereka mesti menduduki ujian kan ? Ain ini darjah 5 , soalan yang ada kat ujian mungkin SUSAH ...  Cuti sekolah ini , korang pergi bercuti dekat mana ? Ain tak pergi mana-ii pon . Tak balik kampung belah mak . Belah ayah je pergi . Itupun kat Banting ... Kesian kan ? Takpe-ii Sabtu ini Keluarga Ain & kawan-ii ayah Ain akan konvoi pergi PD . Port Dickson je pon . Tapi takpe , janji pergi  ... Nama hotel itu ialah 'AKAR BEACH RESORT' . Bergerak selepas tengahari . 

Tak Sabarnya !!! :D . Tapii ..... Homework ? Eh Ade Eh ? Tak Sentuh Buku Pulak :3 . Bhahaha .

 (Gambar Di Atas Menunjukkan Saya Sangat-ii Terkejut) 

Ummm . Sekarang dah nak pukul 3.00 p.m. . Kk , baii . Masa inilah Ain akan buka FB je . Huhuhhuhu . Baii . Assalamualaikum :)
                                                   

Masa Oh Masa !

Sunday 24 February 2013 @ 21:14 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum .. Yeayyay !! Dah lama Ain tak post .. Hehehehhe .. Korang perasan tak blog Ain kini berwajah baharu ? Dulu warna ungu kan .. Ok , hari ini Ain nak post sesuatu yang bermakna . Wajib baca ! Lol ! Amacam xD , Takde niat memaksa ok ?

Masa ibarat emas ,
Amat berharga ,
Perginya tidak kembali ,
Hargailah masa tepatilah detiknya .

Masa ,
Tidak boleh dijual bei ,
Tidak ternilai jika tergadai ,
Agar tidak kerugian .
 
Masa ,
Usia muda meningkat tua ,
Hanya keranamu masa ,
Tetapi yang bijak menggunakanya ,
Ceria di hati hidup bahagia .

Nukilan : Penulis

Kerja Sekolah :)

Sunday 27 January 2013 @ 16:40 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum semua .. Korang perasan ke tidak sudah lama Ain tak post kan ? Yelah , umur Ain pun dah meningkat ke darjah 5 , Makin meningkat umur kita , makin banyak lah kerja sekolah . Eh2 , macam jawab jawapan untuk hubungan eksperimen tu dalam solan Sains bahagian B pula . Hahahahahaha :)
Tukar tajuk pula Ain ni . Korang semua tension tak kalau ada banyak sangat kerja sekolah ? Banyak tu ok lagi . Yang tak oknya , kena hantar esok . Itulah naluri manusia ... Ain kena lalui setiap hari macam tu . Tapi Ain sabar lagi . Satu hari ni , ayah Ain pelik kenapa Ain banyak sangat kerja sekolah . Maklumlah Ain kelas pertama , iaitu 5 Amanah . Ayah Ain kata mungkin cikgu kelas Ain betul - betul nak target murid kelas 5 A tu dapat 5 A & Mumtaz . Hehehehehe .. Soalan ini untuk yang bersekolah je ye . Matapelajaran apa yang korang suka masa kat sekolah ? Ain paling suka subjek Pendidikan Seni & Tajwid . Cikgu Pendidikan Seni Ain cikgu Asyraf :) . Kalau murid - murid perempuan , bagi diorang cikgu tulah paling baik !! Heheheheh .. Kami ni masa matapelajaran PS , Masatulah kami bermanja dengan cikgu tu . Takdelah manja sangat .Contoh dialog - dialongnya ialah ...

1)"Cikgu cikgu , tolong lukiskan boleh ?"
2) "Cikgu cikgu , tolong guntingkan boleh ?"
3)"Cikgu cikgu , tolong buatkan boleh ?"
Haahahahahahaha .. Setiap hari , pasti ada kerja sekolah . Sampai 2,3 kerja sekolah . Kena hantar esok pula tu . Ain ini , macam perkara ni kena beritahu guru PIBG pula . Hahahahah .. Oklah sampai sini sahaja Ain mampu menulis . Kejap lagi Ain kena buat kerja sekolah . Matematik , Kajian Tempatan & Sains . Oklah , Bye . Wassalam !




Older Post
The Disclaimer!

Assalamualaikum ! Annyeonghaseyo ! Ain . 11 years old . UPSR & PSRA candidates . EXOTIC :) .

Navigations!

Diary About Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!