// I'm an exotic //
Markah Bahasa Arab

Sunday, 14 October 2012 @ 07:39 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum..Hari ini saya mahu menceritakan tentang markah bahasa arab yang saya dapat.Mula-mula,ada dua orang murid memanggil Aminnudin(ketua kelas)supaya berjumpa dengan guru bahasa arab saya.Kelas semakin riuh-rendah kerana mereka rasa akan mendapat kertas bahasa arab.5 minit kemudian,Amin datang dengan membawa kertas bahasa arab.Ternyata kertas saya yang pertama,Amin pun mengucapkan tahniah kepada saya.Saya tertanya-tanya mengapa dia mengucapkan tahniah kepada saya?Rupa-rupanya markah bahasa arab saya mendapat 100%.Saya pun apa lagi,bersorak gembira.Mereka semua berebut-rebut mahu melihat kertas saya.Tiba-tiba kertas saya terkoyak."Iman,apa yang kamu buat ini?Kertas soalan kita sudah koyak."Marah saya dibuatnya.Kemudian Amin pun menyerahkan kertas bahasa arab kepada Iman.Ternyata dia juga mendapat markah 100%.Selepas itu,Amin menyerahkan pula kertas bahasa arab kepada Nadrah.Dia juga mendapat 100%.Lantas Iman berkata"Ain,maafkanlah kita.Kita pun koyak la kertas kita."Dia pun koyak kertas soalanya juga.Ramai murid yang mendapat mumtaz(90% keatas)melompat-lompat di belakang kelas.Saya berasa gembira kerana ramai murid di kelas saya mendapat mumtaz.Ini disebabkan pada peperiksaan UP 2,Markah bahasa arab kami sungguh mengecwakan.Ramai murid mendapat 80% kebawah.Kecuali Tasneem,Safwan dan Nadrah.Mereka semua mendapat markah yang baik iaitu 90% keatas.Kami semua berazam untuk melakukan yang lebih baik pada perperiksaan akhir tahun.Akhirnya impian kami pun tercapai.Baiklah,sampai di sini sahaja yang mampu saya taip.Wassalam


Older Post | Newer Post
The Disclaimer!

Assalamualaikum ! Annyeonghaseyo ! Ain . 11 years old . UPSR & PSRA candidates . EXOTIC :) .

Navigations!

Diary About Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!