Cara Menjadi Anak Yang Soleh & Solehah
Assalamualaikum
Hari ini Ain ingin berkongsi sedikit tips untuk menjadi anak yang soleh & solehah . Ain hanya dapat kongsi sedikit tips untuk peringatan diri saya dah sahabat handai . Moga kita tergolong dalam kalangan anak yang soleh & solehah .
Let's start !
1.Sentiasa bermanis muka apabila bercakap dengan ibu bapa .
2.Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah .
3.Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita lakukan di rumah tanpa disuruh oleh ibu bapa .
4.Jangan merungut atau membantah segala arahan atau suruhan ibu bapa .
5.Sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk kedua ibu apa kita terutama sekali selepas solat fardhu .
6.Amalkan budaya salam dan mecium kedua-dua tangan ibu bapa kita sewaktu hendak keluar mahupun masuk ke rumah .
7.Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita melakukan satu kesilapan atau kesalahan .
8.Tunduk dah bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu-bapa .
9.Becakap dengan lemah lembut , tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa .
10.Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun tidak bemunasabah .
11.Sentiasa redha , bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapa .
12.Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadi istimewa kita untuk ibu bapa tersayang .
13.Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah .
14.Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita .
15.Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan perkataan , perbuatan mahupun sikap kita .
16.Sentiasa patuh kepada Allah S.W.T. dengan tidak meninggalkan solat kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat kepada perintah Allah S.W.T .
Sekian sudah coretan kali ini . Moga berjumpa lagi pada masa yang akan datang ! Assalamualaikum :)
Via :
Wadah Ilmu
Older Post